Sunday, July 24, 2011

Diari ekspedisi Cameron Highland

dokumentari perjalanan selama 4 hari 3 malam ekspedisi mendaki 3 gunung di cameron highland.

ekspedisi pada kali ini dilakukan pada 3 february 2011 hingga 6  february 2011. Gunung yang berjaya ditawan ialah Gunung Berembun, Gunung Irau, dan Gunung Brinchang. trip pada kali ini disertai hampir 20 orang peserta.

perjalanan ekpedisi adalah diluar rancangan kerana mengalami masalah semasa cubaan mendaki gunung yang pertama. semua peserta telah sesat kerana mengikut trek pendakian yang salah. 

selamat menonton!


diari ekpedisi Cameron Highland bahagian 1





diari ekpedisi Cameron Highland bahagian 2


tahniah kepada mereka yang telah berjaya dalam ekpedisi ini!! 
=)

Saturday, July 23, 2011

BERITA HARIAN 8 julai 2011artikel ekspedisi Banjaran Titiwangsa



           Satu lagi kisah pendakian yang disertai oleh beberapa ahli GSG dikongsi dengan pembaca Berita Harian. Kali ini krew GSG yang menyertai ekspedisi menawan banjaran titiwangsa  yang dibuat di bawah program sekreteriat Rakan Muda UPM berkongsi pengalaman mereka dengan para pembaca Berita Harian.


         Ekspedisi ini mengambil masa 7 hari yang bermula pada 3 jun hingga 10 jun. semua peserta telah berjaya menjayakan misi ini walaupun terdapat di antara mereka yang mengalami kecederaan.  Tahniah kepada para peserta yang berjaya menawan banjaran titiwangsa.

Terima kasih juga diucapkan oleh GSG kepada Sekreteriat Rakan Muda UPM dan Berita Harian!

Artikel mengenai GSG di Berita Harian 7 julai 2011




Artikel mengenai aktiviti GSG di akhbar 7 julai 2011

“peralatan perkhemahan pilihan siswa”.. antara tajuk yang menjadi pilihan artikel pada ruangan Gaya Hidup akhbar Berita Harian yang disediakan oleh Rosniza Mohd Taha

         Artikel ini banyak mengulas mengenai peralatan perkhemahan yang selalu digunakan oleh para pendaki semasa melakukan aktiviti mendaki.
                         Terima kasih Berita Harian!


ekspedisi Gunung Rajah







Pada 23 April 2011, satu ekspedisi telah dijalankan oleh sekreteriat rakan muda UPM di mana lokasi pada kali ini ialah di Gunung Rajah. Ekspedisi pada kali ini adalah lebih bertujuan kepada latihan kecergasan bagi persiapan ekspedisi menawan banjaran titiwangsa yang bakal disertai oleh kami pada 3 hingga 10 jun 2011.  ekspedisi menawan gunung rajah ini disertai seramai 21 orang peserta di mana kebanyakan mereka adalah peserta yang terlibat dengan ekspedisi transtiti.




Kami  bertolak dari UPM pada jam 10.00 pagi dan sampai di starting point pada jam 2.00 petang. Bacaan doa dan sesi regangan badan dilakukan sebelum kami memulakan pendakian. Pada awal perjalanan kami melalui jalan balak selama hampir sejam sebelum sampai ke trek hutan. Di dalam perjalanan melalui  jalan balak kami melalui satu kawasan perumahan orang asli di mana kami terpaksa berhati hati dengan kehadiran anjing liar serta anjing belaan penduduk tempatan.

antara kawasan sungai yang terpaksa Dilalui

salah satu trek yang menggunakan tali




Kami meneruskan perjalanan pendakian dan sampai di tapak perkhemahan yang pertama (camp batu hijau)  pada pukul 8.00pm. Di sini kami berehat, membersihkan diri, solat, dan menyediakan makanan malam sebelum tidur seawal mungkin kerana kami merancang untuk meneruskan perjalanan seawal jam 3.00 pagi supaya kami dapat melihat dan menikmati pemandangan matahari terbit di puncak Gunung Rajah.
Pada pukul 3.00 pagi  kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Rajah. Hanya makanan serta peralatan penting sahaja yang dibawa bagi memudahkan pendakian. Barangan-barangan lain yang boleh menjadi beban perjalanan disimpan di tapak perkhemahan. kami sampai di puncak pada pukul 7.00 pagi. Di puncak kami semua dapat menikmati pemandangan matahari terbit dengan sudut pandangan di puncak ialah 360 darjah










Di puncak gunung kami berehat, bergambar dan sarapan pagi. pada pukul 10.00 pagi kami turun dari puncak terus ke tapak perkhemahan (Kem batu hijau) pada pukul 11.00 pagi dan kami mengemas barang-barang untuk meneruskan perjalanan ke Kem naning di mana kami sampai di sana pada jam 2 petang. Di sini kami berehat, solat dan menyediakan makanan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan turun. Selesai makan tepat jam 4.00 petang  kami bertolak  dari Kem Naning ke Kem Chamang dan sampai pada pukul 7.30pm dan terus berehat solat dan makan malam.
Ekspedisi pada kali ini agak mencabar di mana trek yang dilalui adalah bekas kawasan tanah runtuh. Perjalanan yang menyakitkan badan tapi  Alhamdulillah kesemua peserta selamat =) walaupun perjalanan yang mencabar dan agak “sakit” tapi yang penting kami enjoy the trip!!! Tunggu kami datang lagi gunung rajah!

antara meneu makanan semasa ekpedisi

starting point trek pendakian gunung rajah





tahniah!!!

Sunday, May 15, 2011

bukit tabur (21/4/2011)



antara pendaki yang turut serta
XPDC mendaki bukit tabur ini merupakan salah satu program Geng Slide Gunung (GSG) di mana pada kali ini As Sobah selaku pengarah program dan dibantu beberapa ahli GSG yang lain. Tujuan pendakian adalah untuk melihat kecantikan flora dan fauna serta tidak melepaskan peluang melihat kecantikan suasana matahari terbit. Kami turut membawa beberapa pelajar Universiti Putra Malaysia yang berminat menyertai pendakian pada kali ini…

pemandangan bandar Kuala Lumpur pada jam 5.30 pagi

Bertolak seawal 4.00 pagi dari UPM kami tiba di “starting point” pada awal jam 5.30 pagi. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa dan kami mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk melihat matahari terbit… kami menunaikan solat subuh di atas bukit sebelum menunggu matahari terbit..

pemandangan matahari terbit di bukit tabur 

Terpukau dan terpesona..
Itulah yang dapat digambarkan oleh kami apabila melihat keindahan ciptaan tuhan sebaik saja mentari muncul… dunia yang dapat dilihat adalah seperti dunia yang asing yang penuh dengan keasyikan dan kedamaian…
Ape yang menarik tentang bukit tabur ini ialah para pendaki dapat melihat pemandangan matahari terbit/terbenam yang sangat cantik, pemandangan penuh bandar Kuala Lumpur, serta pemandangan tasik yang cantik.. pada bahagian akhir pendakian pendaki akan berpeluang melihat kecantikan hutan yang dipenuhi dengan lumut yang tebal yang juga digelarkan para pendaki lain sebagai “tilam” kerana ketebalan lumut seperti tilam.
Trek pendakian dibukit tabur amat mencabar kerana permukaan yang berbatu dan kami terpaksa mendaki bukit2 batu… kekuatan tangan dan kaki serta teknik yang betul diperlukan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku
Kami memulakan perjalanan turun pada jam 10 pagi dan tiba di titik permulaan pada jam 11 pagi.. ..
antara pemandangan yang dapat dirakam:










antara trek yang menggunakan tali 












dikawasan berlumut digelar tilam (farihah)


dikawasan berlumut (qratu aini)


berehat di kawasan berlumut dari kiri ilham, as sobah, jiha seha

tentang GSG

Sejarah penubuhan

Penubuhan kelab ini (GSG) adalah secara tidak sengaja, dengan dipelopori oleh zaaim yang memakai kasut converse semasa menuruni gunung. Keadaan beliau yang dilihat seolah-olah meluncur di atas ombak. Ini telah memberi inspirasi kepada penamaan kelab ini. Kesinambungan kepada peluncuran oleh zaim telah diteruskan oleh ahli2 kelab lain seperti paiz 'stuntman', tok guru naim 'kon' dgn murid nya heri 'karimo' , zul 'hyper', sobah 'kago', zam 'jason' ,din 'madi', bay 'swimmer', fit 'puyuh', pacak 'kerbau' dan ahli-ahli yang lain..byk sgt org dah tgolek. Disebabkan kekurangn organisasi dan masa mendaki yg selalu berlaku secara tibe-tibe, maka geng mngklasifikasikan keadaan kite yg kelam kabut tetapi bernafsu kuat dan berkobar2 untuk ke puncak.. hehehe.. 
Penubuhan kelab Geng Slide Gunung yang bermula dengan “suka-suka” kini telah menjadi antara kelab yang aktif dalam aktiviti 
mendaki..


  

Saturday, February 26, 2011

Gunung Datuk (KPZ green N clean) 26-27 febuari 2011


Pada 26 dan 27 Februari  2011, 3 orang  ahli GSG telah menjadi guider bagi program mendaki yang dijalankan oleh Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) Universiti Putra Malaysia. Program yang dijalankan KPZ ini diberi nama “EKSPEDISI GUNUNG DATUK GREEN AND CLEAN” . Para peserta yang menyertai ekspedisi pada kali ini bukan saja bertujuan mendapat kepuasan mendaki dengan menikmati keindahan alam flora dan fauna tetapi ekspedisi yang dijalankan bertujuan untuk memulihara alam sekitar di mana tujuan ekspedisi ialah membersihkan kawasan yang dilalui hingga ke puncak gunung Datuk.. setiap peserta  membawa bersama beg sampah di mana setiap sampah yang dijumpai di dalam perjalanan akan dibawa turun..



antara peserta yang mengikuti ekspedisi



Kami bermula di titik permulaan pada jam 4.00 petang dan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk semua peserta sampai di puncak.  Para peserta mendirikan khemah di kawasan perkhemahan di puncak sebelum menikmati pemandangan matahari terbenam. 

perlu menaiki tangga sehingga ketinggian 50 meter  dari
tapak perkhemahan untuk sampai ke puncak
Antara pemandangan di puncak Gunung Datuk:




Semasa berada di puncak terdapat para pendaki yang memperkenalkan diri mereka dari UTEM yang terkandas di puncak. Mereka tidak dapat meneruskan perjalanan turun kerana kekurangan alatan seperti lampu suluh dan terpaksa bermalam di puncak. Sebagai “saudara pendaki”, ahli GSG dan peserta  berkongsi makanan dengan pendaki dari UTEM yang kehabisan bekalan makanan dan menyediakan khemah untuk pendaki mereka  yang kurang sihat.
antara peserta dari Kolej Pendeta Zaaba Universiti Putra Malaysia yang menyertai program ekpedisi ini


Pada keesokan pagi, kami membersihkan kawasan perkhemahan dan meneruskan perjalanan pulang seawal jam 9 pagi selepas selesai sarapan. 

Tahniah diucapkan kepada para peserta "Ekpedisi Gunung Datuk Green And Clean" kerana berjaya menawan Gunung Datuk dan melakukan kerja-kerja pembersihan.


Mengenai Gunung Datuk:
  • ·         Lokasi di Rembau Negeri Sembilan. Dari lebuh raya PLUS, keluar melalui Alor Gajah, roundabout pukul tiga. Terus sampai jumpa simpang tiga. Ambil kiri dan terus dan anda akan menjumpa Signboard Hutan Lipur Gunung Datuk.
  • ·         Perjalanan mengambil kira-kira 2-4 jam bergantung pada individu.
  • ·         Trek pendakian  adalah mencabar dengan topografi  yang  90% trek adalah “mencacak” –sesuai dijadikan tempat latihan pendaki-
  • ·         Trek juga amat mudah dan tidak bersimpang memudahkan pendaki sampai ke puncak hanya dengan menyusuri trek.
  • ·         Puncak mempunyai kawasan perkhemahan  yang boleh menempatkan 40-50 orang pada suatu masa
  • ·         Pemandangan puncak dapat melihat kawasan sekitar rembau, bandar seremban dan daerah berdekatan dan jika cuaca mengizinkan para pendaki dapat melihat sendiri selat Melaka.
  • ·         Dikatakan bekas lekukan di atas batu di atas puncak adalah milik Hang Tuah
  • ·         Punca air boleh didapati melalui trek selepas puncak( bertentangan dengan trek pendakian) dengan perjalanan kira-kira 20 minit.