Saturday, February 26, 2011

Gunung Datuk (KPZ green N clean) 26-27 febuari 2011


Pada 26 dan 27 Februari  2011, 3 orang  ahli GSG telah menjadi guider bagi program mendaki yang dijalankan oleh Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) Universiti Putra Malaysia. Program yang dijalankan KPZ ini diberi nama “EKSPEDISI GUNUNG DATUK GREEN AND CLEAN” . Para peserta yang menyertai ekspedisi pada kali ini bukan saja bertujuan mendapat kepuasan mendaki dengan menikmati keindahan alam flora dan fauna tetapi ekspedisi yang dijalankan bertujuan untuk memulihara alam sekitar di mana tujuan ekspedisi ialah membersihkan kawasan yang dilalui hingga ke puncak gunung Datuk.. setiap peserta  membawa bersama beg sampah di mana setiap sampah yang dijumpai di dalam perjalanan akan dibawa turun..



antara peserta yang mengikuti ekspedisi



Kami bermula di titik permulaan pada jam 4.00 petang dan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk semua peserta sampai di puncak.  Para peserta mendirikan khemah di kawasan perkhemahan di puncak sebelum menikmati pemandangan matahari terbenam. 

perlu menaiki tangga sehingga ketinggian 50 meter  dari
tapak perkhemahan untuk sampai ke puncak
Antara pemandangan di puncak Gunung Datuk:




Semasa berada di puncak terdapat para pendaki yang memperkenalkan diri mereka dari UTEM yang terkandas di puncak. Mereka tidak dapat meneruskan perjalanan turun kerana kekurangan alatan seperti lampu suluh dan terpaksa bermalam di puncak. Sebagai “saudara pendaki”, ahli GSG dan peserta  berkongsi makanan dengan pendaki dari UTEM yang kehabisan bekalan makanan dan menyediakan khemah untuk pendaki mereka  yang kurang sihat.
antara peserta dari Kolej Pendeta Zaaba Universiti Putra Malaysia yang menyertai program ekpedisi ini


Pada keesokan pagi, kami membersihkan kawasan perkhemahan dan meneruskan perjalanan pulang seawal jam 9 pagi selepas selesai sarapan. 

Tahniah diucapkan kepada para peserta "Ekpedisi Gunung Datuk Green And Clean" kerana berjaya menawan Gunung Datuk dan melakukan kerja-kerja pembersihan.


Mengenai Gunung Datuk:
  • ·         Lokasi di Rembau Negeri Sembilan. Dari lebuh raya PLUS, keluar melalui Alor Gajah, roundabout pukul tiga. Terus sampai jumpa simpang tiga. Ambil kiri dan terus dan anda akan menjumpa Signboard Hutan Lipur Gunung Datuk.
  • ·         Perjalanan mengambil kira-kira 2-4 jam bergantung pada individu.
  • ·         Trek pendakian  adalah mencabar dengan topografi  yang  90% trek adalah “mencacak” –sesuai dijadikan tempat latihan pendaki-
  • ·         Trek juga amat mudah dan tidak bersimpang memudahkan pendaki sampai ke puncak hanya dengan menyusuri trek.
  • ·         Puncak mempunyai kawasan perkhemahan  yang boleh menempatkan 40-50 orang pada suatu masa
  • ·         Pemandangan puncak dapat melihat kawasan sekitar rembau, bandar seremban dan daerah berdekatan dan jika cuaca mengizinkan para pendaki dapat melihat sendiri selat Melaka.
  • ·         Dikatakan bekas lekukan di atas batu di atas puncak adalah milik Hang Tuah
  • ·         Punca air boleh didapati melalui trek selepas puncak( bertentangan dengan trek pendakian) dengan perjalanan kira-kira 20 minit.