Pada 23 April 2011, satu ekspedisi telah dijalankan oleh sekreteriat rakan muda UPM di mana lokasi pada kali ini ialah di Gunung Rajah. Ekspedisi pada kali ini adalah lebih bertujuan kepada latihan kecergasan bagi persiapan ekspedisi menawan banjaran titiwangsa yang bakal disertai oleh kami pada 3 hingga 10 jun 2011. ekspedisi menawan gunung rajah ini disertai seramai 21 orang peserta di mana kebanyakan mereka adalah peserta yang terlibat dengan ekspedisi transtiti.
Kami bertolak dari UPM pada jam 10.00 pagi dan sampai di starting point pada jam 2.00 petang. Bacaan doa dan sesi regangan badan dilakukan sebelum kami memulakan pendakian. Pada awal perjalanan kami melalui jalan balak selama hampir sejam sebelum sampai ke trek hutan. Di dalam perjalanan melalui jalan balak kami melalui satu kawasan perumahan orang asli di mana kami terpaksa berhati hati dengan kehadiran anjing liar serta anjing belaan penduduk tempatan.
|
antara kawasan sungai yang terpaksa Dilalui |
|
salah satu trek yang menggunakan tali |
Kami meneruskan perjalanan pendakian dan sampai di tapak perkhemahan yang pertama (camp batu hijau) pada pukul 8.00pm. Di sini kami berehat, membersihkan diri, solat, dan menyediakan makanan malam sebelum tidur seawal mungkin kerana kami merancang untuk meneruskan perjalanan seawal jam 3.00 pagi supaya kami dapat melihat dan menikmati pemandangan matahari terbit di puncak Gunung Rajah.
Pada pukul 3.00 pagi kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Rajah. Hanya makanan serta peralatan penting sahaja yang dibawa bagi memudahkan pendakian. Barangan-barangan lain yang boleh menjadi beban perjalanan disimpan di tapak perkhemahan. kami sampai di puncak pada pukul 7.00 pagi. Di puncak kami semua dapat menikmati pemandangan matahari terbit dengan sudut pandangan di puncak ialah 360 darjah
Di puncak gunung kami berehat, bergambar dan sarapan pagi. pada pukul 10.00 pagi kami turun dari puncak terus ke tapak perkhemahan (Kem batu hijau) pada pukul 11.00 pagi dan kami mengemas barang-barang untuk meneruskan perjalanan ke Kem naning di mana kami sampai di sana pada jam 2 petang. Di sini kami berehat, solat dan menyediakan makanan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan turun. Selesai makan tepat jam 4.00 petang kami bertolak dari Kem Naning ke Kem Chamang dan sampai pada pukul 7.30pm dan terus berehat solat dan makan malam.
Ekspedisi pada kali ini agak mencabar di mana trek yang dilalui adalah bekas kawasan tanah runtuh. Perjalanan yang menyakitkan badan tapi Alhamdulillah kesemua peserta selamat =) walaupun perjalanan yang mencabar dan agak “sakit” tapi yang penting kami enjoy the trip!!! Tunggu kami datang lagi gunung rajah!
|
antara meneu makanan semasa ekpedisi
|
|
starting point trek pendakian gunung rajah |
tahniah!!!