mencari bekalan makanan di kawasan rumah kedai berdekatan pintu masuk |
Awal jam 7.00 pagi kami tiba di kawasan rumah kedai berhampiran titik mula pendakian. Bahan makanan untuk bekalan di dalam perjalanan untuk dijadikan sumber tenaga boleh didapati di kawasan rumah kedai di mana terdapat kedai runcit, kedai makanan dan gerai kecil yang menjual sarapan pagi di tepi jalan.
membuat regangan badan sebelum bermula mendaki |
membuat regangan badan |
memulakan pendakian dengan bacaan doa diketuai saudara naim |
Awal jam 7.15 pagi Kami memulakan perjalanan di mana kami melalui kawasan kebun sayur sebelum memasuki kawasan mendaki. Para pendaki lain dinasihati mendapatkan izin pemilik kawasan bagi mengelakkan dikatakan menceroboh kawasan persendirian
berkesempatan menolong penduduk tempatan memindahkan barang |
semasa melalui kebun sayur, terdapat seorang warga emas yang memerlukan bantuan untuk memindahkan barang-barang yang berat.
Ahli-ahli GSG berkesempatan menolong warga emas terbabit memindahkan barang-barang miliknya semasa melalui kawasan kebun beliau.
Perjalanan 15 minit pertama melalui kawasan bukit sebelum sampai ke kawasan jalan raya yang telah ditutup. Perjalanan seterusnya adalah melalui jalan tar yang telah ditutup itu sehingga sampai ke kawasan permulaan pendakian..Semasa perjalanan kami menjumpai pendaki-pendaki lain seperti dari lembah klang dan juga dari negara asing..
Trek sepanjang perjalanan yang berbukit-bukit menyebabkan ia agak mencabar terutamanya jika waktu selepas hujan tetapi para pendaki mudah menemui jalan kerana trek yang tidak bersimpang dan bercabang . kami sampai ke puncak pada awal jam 11.30 pagi di mana terdapat Beirut didirikan..
Info mengenai gunung Bunga Buah
- Terdapat dua pintu masuk (simpang belakang Hotel Sri Malaysia dan dari bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland)
- Para pendaki perlu melalui kawasan jalan tar yang telah ditutup sebelum menjumpai titik permulaan pintu masuk mendaki.
- Trek tidak bersimpang siur dan bercabang memudahkan para pendaki
- Puncak Gunung Bunga Buah mempunyai bierut
- Kawasan puncak mempunyai tapak perkhemahan yg boleh menempatkan 20- 30 orang
No comments:
Post a Comment