Tuesday, May 11, 2010

Gunung Ledang (10-11 Mei 2010)

Gunung Ledang (10-11 mei 2010)

antara peserta yang mengikuti ekpedisi kali ini


Ekspedisi pada kali ini adalah ekspedisi menawan Gunung Ledang yang disertai seramai 12 orang iaitu ilham, zamri, as sobah, zaaim, naim, fitri, hairi, zulhanafi, halimatun, syazana, firdaus dan sepupu kepada zulhanafi. Ekspedisi pada kali ini adalah bertujuan untuk melihat permandangan matahari terbit “sunrise” di puncak gunung ledang.  Ekspedisi pada kali ini agak mencabar kerana kami bertolak pada lewat 1 pagi dan mengejar masa kerana tidak mahu terlepas menyaksikan pemandangan matahari terbit di puncak Gununh Ledang.

naim dan hairi di pintu masuk ayer panas sagil


Kami memulakan pendakian melaui pintu 2 (Asahan) di mana kami sampai di sana pada jam 11 malam. Kami memulakan pendakian pada lewat jam 1 pagi. Hanya bekalan makanan yang sedikit sahaja dibawa kerana kami tidak bermalam di puncak. Kami mengambil masa kira-kira 5 jam untuk sampai di puncak. Kami menunaikan solat subuh di puncak gunung ledang sebelum menanti matahari terbit.


kawasan puncak gunung ledang


 antara trek-trek yang mencabar fizikal:





kerana keletihan kami tidur di puncak

Antara trek yang menggunakan tali
gambar: hairi sedang berusaha mendaki menggunakan tali

batu penanda puncak gunung Ledang

pemandangan matahari terbit


Kami dapat menyaksikan keindahan suasana matahari terbit yang begitu indah di puncak gunung ledang. Selesai berehat dan makan kami berangkat pulang kira-kira jam 10 pagi.  Kami selamat turun kira-kira lewat jam 3 petang.


Mengenai Gunung Ledang

Antara pintu masuk yang digunakan untuk mendaki ialah:
  • Ayer Panas
  • Asahan 
  •  Ulu Jementah

Terdapat satu satu tapak perkhemahan sebelum puncak yang boleh memuatkan kira-kira 40-50 orang

Punca air boleh didapati di kawasan perkhemahan atau terdapat takungan air bersih semula jadi di puncak gnung ledang (rujuk guider yang telah dilantik oleh taman negara)

Mengambil masa kira-kira 5-8 jam perjalanan untuk sampai ke puncak

1 comment:

  1. Salam bro.

    Ikut Asahan nih versi redah ke atau dftr kt renjer dulu baru naik?
    camne treknya, terang dan jelas ke dan tlg bagi rate kepayahan mendaki dari pada 10-1..
    rasanya nak g panjat lepas raya nnt.tq

    ReplyDelete